Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma adalah sebuah sekolah yang memberi pendidikan kepada murid berkeperluan khas penglihatan. Sekolah ini terletak di Bukit Mertajam Pulau Pinang. SKPK Alma memberi pelbagai kemudahan kepada murid berkeperluan khas seperti asrama, peralatan khas penglihatan dan tenaga pengajar yang berpengalaman. Kategori murid yang layak untuk ke sekolah ini adalah murid yang mempunyai masalah penglihatan seperti buta dan rabun.

Sunday 4 November 2012

Laman Facebook Rasmi SKPK Alma



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
SKPK Alma telah membina satu laman Facebook rasmi untuk kegunaan warga sekolah untuk berhubung antara satu sama lain. Setiap guru, staf dan murid akan digalakkan untuk menyertai laman Facebook Skpk Alma ini agar setiap program yang akan dijalankan dapat dihebahkan dengan cepat dan mendapat sambutan yang baik dari pelbagai pihak. Admin SKPK Alma berharap laman ini akan mendapat sambutan dan sokongan oleh warga SKPK Alma dan pihak luar untuk bersabahat dan mengeratkan silaturahim. 
Wassalam.