Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma adalah sebuah sekolah yang memberi pendidikan kepada murid berkeperluan khas penglihatan. Sekolah ini terletak di Bukit Mertajam Pulau Pinang. SKPK Alma memberi pelbagai kemudahan kepada murid berkeperluan khas seperti asrama, peralatan khas penglihatan dan tenaga pengajar yang berpengalaman. Kategori murid yang layak untuk ke sekolah ini adalah murid yang mempunyai masalah penglihatan seperti buta dan rabun.

Tuesday 28 August 2012

Simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua patah perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan maksud sesuatu pengucapan dengan membawa erti yang mendalam. Kandungan maksud simpulan bahasa adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya.


Contoh simpulan bahasa:
1. Anak Buah
Maksud:  
a) Anak saudara. 
b) Pekerja di bawah jagaan kita.
Contoh Ayat: 
a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa kakaknya pergi menunaikan haji.
b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi.
2. Bau-bau Bacang 
Maksud : Persaudaraan yang jauh.
Contoh Ayat :
a) Saya mesti melawat Zainon apabila ke Terengganu kerana kami memang ada bau-bau bacang.

3. Buah Hati 
Maksud    :
a) Orang kesayangan atau kekasih.
Contoh ayat:
a) Abang telah membawa buah hatinya berjumpa ibu dan ayah semalam.

4. Buah Mulut 
Maksud    : Perkara yang menjadi perbualan ramai. 
Contoh ayat:
a) Kejadian yang berlaku pada Amin telah menjadi buah mulut orang.

5. Buah Tangan 
Maksud : Hadiah.
Contoh Ayat :
a) Kami membawa buah tangan semasa melawat Zaini di hospital.

6. Duit Kopi
Maksud : Bayaran tidak rasmi kepada seseorang sebagai upah.
Contoh Ayat  :
a) Zali memberi RM50 sebagai duit kopi kepada Abu.

7. Durian Runtuh
Maksud    : Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.
Contoh ayat:
a) Ayah telah membawa kami sekeluarga pergi bercuti kerana ayah telah mendapat durian runtuh dari majikannya.


 Kuiz Simpulan Bahasa
c
Jawab semua soalan.
1.    Encik Talib membawa keluarganya ----- di Pulau Pinang.
A.     ada jalan
B.      makan angin
C.    atas angin
D.     ada angin

2.    Siti dan Hasnita membawa ---- semasa melawat Swee Lan di Hospital.
A.     buah hati
B.      buah fikiran
C.    buah tangan
D.     buah mulut

3.    Faridah menghidangkan agar-agar itu sebagai ----.
A.    pencuci mulut
B.     buah tangan
C.    ringan mulut
D.     mulut murai

4.    Puan Rohaini berasa gembira kerana mendapat ---- yang pertama.
A.   anak angkat
B.     cahaya mata
C.    durian runtuh
D.     anak emas 

5.    Pekerja yang ---- itu akan diberhentikan kerja tidak lama lagi.
A.     ringan tulang
B.       berat mulut
C.    curi tulang
D.     gaji buta

6.    Harga barang itu tidak boleh ditawar kerana dijual dengan ----.
A.     harga pokok
B.       harga mati
C.    harga asal
D.     harga diri

7.    Kadar penduduk yang ---- di negara ini semakin menurun.
A.     batu api
B.       buta hati
C.    buta huruf
D.     bahasa pasar

8.    Shafik ialah ---- pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan Taman Saujana.
A.     kaki ayam
B.       anak emas
C.    kaki bangku
D.     ayam tambatan 

9.    Dia yang menjadi ---- dalam pergaduhan antara Julia dengan Kartina.
A.     batu api
B.       batu loncatan
C.    mulut murai
D.     berat sebelah

10.   Hafizul terkejut apabila mengetahui bahawa dia ---- dengan guru besar.
A.     anak tunggal
B.       angkat bakul
C.    orang harapan
D.     bau-bau bacang