Oleh : Cikgu Tan Kean Heng (Guru Penolong SKPK Alma)
Sejarah murid SKPK Alma (Penglihatan) memperolehi 5A dalam UPSR berulang kembali. Inilah kali kedua setelah hampir 15 tahun sekolah ini dibuka. Kali pertama pada tahun 1997 iaitu pada awal pembukaaan sekolah ini.
Wee Pek Chin adalah calon UPSR pada tahun 1997 memperolehi 5A. Wee Pek Chin adalah seorang calon rabun yang menggunakan kertas soalan bersaiz A3.
Kini bekas murid sekolah ini telah menjadi guru aliran perdana di SMK Taman Sea di Petaling Jaya.



