Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma adalah sebuah sekolah yang memberi pendidikan kepada murid berkeperluan khas penglihatan. Sekolah ini terletak di Bukit Mertajam Pulau Pinang. SKPK Alma memberi pelbagai kemudahan kepada murid berkeperluan khas seperti asrama, peralatan khas penglihatan dan tenaga pengajar yang berpengalaman. Kategori murid yang layak untuk ke sekolah ini adalah murid yang mempunyai masalah penglihatan seperti buta dan rabun.

Tuesday, 28 August 2012

Simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua patah perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan maksud sesuatu pengucapan dengan membawa erti yang mendalam. Kandungan maksud simpulan bahasa adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya.

Tuesday, 3 July 2012

HARI SUKAN 2012

HARI SUKAN TAHUNAN SKPK ALMA 2012

Hari Sukan SKPK ALMA diadakan pada 30/06/2012 hari sabtu bertempat di SKPK Alma. Pelbagai acara sukan diadakan. Antaranya sukaneka , olahraga , tarik tali dan pelbagai lagi.

Sunday, 20 May 2012

HARI GURU 2012 SKPK ALMA

Sambutan Hari Guru SKPK Alma diadakan pada hari Rabu 16/05/2012. Pelbagai aktiviti diadakan sempena sambutan hari guru. Antara aktiviti yang diadakan ialh sukaneka , persembahan murid dan lain  - lain lagi.

                                                       Guru - guru sedang membaca ikrar


                                                         Antara gambar aktiviti Hari Guru