Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma adalah sebuah sekolah yang memberi pendidikan kepada murid berkeperluan khas penglihatan. Sekolah ini terletak di Bukit Mertajam Pulau Pinang. SKPK Alma memberi pelbagai kemudahan kepada murid berkeperluan khas seperti asrama, peralatan khas penglihatan dan tenaga pengajar yang berpengalaman. Kategori murid yang layak untuk ke sekolah ini adalah murid yang mempunyai masalah penglihatan seperti buta dan rabun.

Wednesday 15 February 2012

Ya Badratim: Wahai Purnama




Ya Badratim: Wahai Purnama. Adalah antara qasidah/madeh yang menarik daripada segi bahasa, maka rasanya sesuai untuk masa dan ketika ini.

يَا بَدْرَ تِمٍّ حَازَ كُلَّ كَمَالِ  -   مَا ذَا يُعَبِّرُ عَنْ عُلاَكَمَقَالِيْ
Wahai bulan purnama (Nabi Muhammad) yang sempurna,
yang telah mencapai segala puncak kesempurnaan,
Apakah perkataan yang dapat mengungkapkan ketinggianmu?
أَنْتَ الَّذِيْ أَشْرَقْتَ فِيْ أُفُقِ الْعُلاَ  -   فَمَحَوْتَ بِالأَنْوَارِ كُلَّ ضَلاَلِ
Engkaulah yang terbit menerangi ufuq yang tinggi;
Lalu engkau menyelenyapkan segala kesesatan dengan cahayamu,
وَبِكَ اسْتَنَارَ الْكَوْنُ يَا عَلَمَ الْهُدَى  -   بِالنُّوْرِ وَالإِنْعَامِ وَالإِفْضَالِ
Dengan sebabmu, terang benderang ala mini, wahai panji-panji hidayah
Dengan dilimpahkan cahaya, nikmat-nikmat dan pelbagai kelebihan,
صَلَّى عَلَيْكَ اللّهُ رَبِّ دَآءِمًا   –  أَبَدًا مَعَ الإِبْكَارِ وَالآصَالِ
Semoga sentiasa tercurah rahmat Allah, Tuhanku.
Sepanjang masa pada waktu pagi dan petang,
وَعَلَى جَمِيْعِ الآلِ وَالأَصْحَابِ مِنْ  -  قَدْ خَصَّهُمْ رَبُّ الْعُلاَ بِكَمَالِ
Dan juga ke atas keluarga, serta sahabat-sahabat yang,
Telah dikurniakan keistimewaan dengan beberapa kesempurnaan
oleh Allah taala Yang Maha Tinggi