Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma adalah sebuah sekolah yang memberi pendidikan kepada murid berkeperluan khas penglihatan. Sekolah ini terletak di Bukit Mertajam Pulau Pinang. SKPK Alma memberi pelbagai kemudahan kepada murid berkeperluan khas seperti asrama, peralatan khas penglihatan dan tenaga pengajar yang berpengalaman. Kategori murid yang layak untuk ke sekolah ini adalah murid yang mempunyai masalah penglihatan seperti buta dan rabun.

Thursday 29 November 2012

Aktiviti Mengacau Bubur Asyura 2012


Sekitar aktiviti Majlis Mengacau Bubur Asyura bertempat di dewan makan SKPK Alma pada 29 November 2012. Lagi berita bergambar ...

Wednesday 21 November 2012

Kejayaan 5A di SKPK Alma


 Oleh : Cikgu Tan Kean Heng (Guru Penolong SKPK Alma)

Sejarah murid SKPK Alma (Penglihatan) memperolehi 5A dalam UPSR berulang kembali. Inilah kali kedua setelah hampir 15 tahun sekolah ini dibuka. Kali pertama pada tahun 1997 iaitu pada awal pembukaaan sekolah ini. Wee Pek Chin adalah calon UPSR pada tahun 1997 memperolehi 5A. Wee Pek Chin adalah seorang calon rabun yang menggunakan kertas soalan bersaiz A3.

Kini bekas murid sekolah ini telah menjadi guru aliran perdana di SMK Taman Sea di Petaling Jaya.

Thursday 8 November 2012

Hari Sambutan Kecemerlangan SKPK Alma


Pada 8 November 2012, Warga SKPK Alma telah mengadakan Hari Kecemerlangan Sekolah 2012 dan telah dirasmikan oleh Pengerusi PIBG SKPK Alma. Program ini bertujuan untuk memberikan penghargaan dan  anugerah kepada Murid-murid yang cemerlang samada dari segi akademik mahupun ko-kurikulum. Program ini juga turut disajikan dengan persembahan-persembahan menarik dari  Murid-murid SKPK Alma serta persembahan Multimedia.

Lagi berita bergambar di dalam...

Wednesday 7 November 2012

Rangkuman Aktiviti SKPK Alma 2012

Video ini dipersembahkan di Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SKPK Alma pada 8 November 2012 (Khamis) di dewan SKPK Alma.

Tuesday 6 November 2012

Selamat Berpisah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Warga SKPK Alma akan kehilangan 3 orang guru yang sangat komited dan bertanggungjawab dalam tugas. 3 guru tersebut adalah Cikgu Farahiyah Sulaiman, Cikgu Fadzlyana Omar dan Cikgu Siti Mariatun. 
Terima kasih dan selamat berjuang...

Sunday 4 November 2012

Laman Facebook Rasmi SKPK Alma



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
SKPK Alma telah membina satu laman Facebook rasmi untuk kegunaan warga sekolah untuk berhubung antara satu sama lain. Setiap guru, staf dan murid akan digalakkan untuk menyertai laman Facebook Skpk Alma ini agar setiap program yang akan dijalankan dapat dihebahkan dengan cepat dan mendapat sambutan yang baik dari pelbagai pihak. Admin SKPK Alma berharap laman ini akan mendapat sambutan dan sokongan oleh warga SKPK Alma dan pihak luar untuk bersabahat dan mengeratkan silaturahim. 
Wassalam.