Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma adalah sebuah sekolah yang memberi pendidikan kepada murid berkeperluan khas penglihatan. Sekolah ini terletak di Bukit Mertajam Pulau Pinang. SKPK Alma memberi pelbagai kemudahan kepada murid berkeperluan khas seperti asrama, peralatan khas penglihatan dan tenaga pengajar yang berpengalaman. Kategori murid yang layak untuk ke sekolah ini adalah murid yang mempunyai masalah penglihatan seperti buta dan rabun.

Wednesday 21 November 2012

Kejayaan 5A di SKPK Alma


 Oleh : Cikgu Tan Kean Heng (Guru Penolong SKPK Alma)

Sejarah murid SKPK Alma (Penglihatan) memperolehi 5A dalam UPSR berulang kembali. Inilah kali kedua setelah hampir 15 tahun sekolah ini dibuka. Kali pertama pada tahun 1997 iaitu pada awal pembukaaan sekolah ini. Wee Pek Chin adalah calon UPSR pada tahun 1997 memperolehi 5A. Wee Pek Chin adalah seorang calon rabun yang menggunakan kertas soalan bersaiz A3.

Kini bekas murid sekolah ini telah menjadi guru aliran perdana di SMK Taman Sea di Petaling Jaya.



Pada tahun ini, 2012 Kenzon Yeoh telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR. Kenzon Yeoh adalah seorang calon buta yang menggunakan braille untuk menjawab soalan UPSR. Calon ini akan melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Zainul Abidin sebagai murid program integrasi.

Kecacatan penglihatan bukan penghalang kepada seseorang itu untuk berjaya dalam pelajaran. Hasil kejayaan ini adalah usaha guru-guru sekolah ini yang bertungkus lumus mengajar tanpa mengira cuti peristiwa mahupun cuti umum. Sokongan moral dan motivasi daripada barisan pentadbiran sekolah dan bantuan yang diberikan oleh staf sokongan yang lain telah membawa imej sekolah ke dada akhbar daan kaca televisyen.

Kejayaan Kenzon Yeoh dalam UPSR adalah satu hadiah yang bernilai kepada Cikgu Farahiyah, Cikgu Fadzlyana dan Cikgu Mariatun yang akan bertukar pada tahun hadapan.