Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma adalah sebuah sekolah yang memberi pendidikan kepada murid berkeperluan khas penglihatan. Sekolah ini terletak di Bukit Mertajam Pulau Pinang. SKPK Alma memberi pelbagai kemudahan kepada murid berkeperluan khas seperti asrama, peralatan khas penglihatan dan tenaga pengajar yang berpengalaman. Kategori murid yang layak untuk ke sekolah ini adalah murid yang mempunyai masalah penglihatan seperti buta dan rabun.

Thursday 8 November 2012

Hari Sambutan Kecemerlangan SKPK Alma


Pada 8 November 2012, Warga SKPK Alma telah mengadakan Hari Kecemerlangan Sekolah 2012 dan telah dirasmikan oleh Pengerusi PIBG SKPK Alma. Program ini bertujuan untuk memberikan penghargaan dan  anugerah kepada Murid-murid yang cemerlang samada dari segi akademik mahupun ko-kurikulum. Program ini juga turut disajikan dengan persembahan-persembahan menarik dari  Murid-murid SKPK Alma serta persembahan Multimedia.

Lagi berita bergambar di dalam...



Lagi berita akan menyusul.